Jawatankuasa Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah meneliti pindaan perlembagaan mengenai penubuhan sayap belia itu dan akan dibentangkan pada perhimpunan agong parti pada Sabtu.
Sambil menyambut baik penubuhan sayap itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia harus diambil serius bagi memastikan keseimbangan antara pengajian di institusi pengajian tinggi dan politik.